2010/08/08

Sejarah Perayaan Deepavali

Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Oleh itu, Deepavali juga bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.


Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu bergembira dalam "Cahaya Dalaman".

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan

Nama: KOO XIAU CHIUN
No Matrik : 207023

2 ulasan: