2010/08/09

Hidangan Tahun Baru Cina

Jamuan pertemuan semula
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, apabila semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, mereka akan bertemu untuk menyambut hari perayaan ini. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini menyediakan banyak makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, makanan ini tidak dimakan sampai habis, sebaliknya bakinya disimpan semalaman. Bak pepatah Cina “nián nián yǒu yu”, yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."


Intisari makanan:
Luohan zhai

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, hidangan ini sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran".



Ikan

Ikan merupakan ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan".






Yu Sheng
Hidangan istimewa lainnya bagi masyarakat Cina, terutama selama Tahun Baru Cina adalah Yu Sheng. Yu Sheng ialah salad berwarna-warni yang disajikan bersama ikan mentah.
Ikan mentah melambangkan kehidupan yang baru, sementara kata yu dalam bahasa Cina membawa maksud ''kesejahteraan''.

Caranya adalah mencapit Yu Sheng dengan sumpit dan melemparkannya ke udara, sehingga Yu Sheng dan salad bercampur merata. Yu Sheng iaitu salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.




Ladu

Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah. Pada hari ke-5, hidangan ini dijadikan sebagai sarapan pagi.





Limau mandarin

Limau mandarin merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya boleh digunakan untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.





Kuih bakul

Dalam tradisi Cina, terdapat satu kuih istimewa yang harus ada selama perayaan Tahun Baru Cina. Kuih ini bernama kuih bakul, yang juga merupakan simbol dari keberuntungan.

Hal ini berkait dengan legenda Cina yang mengatakan bahawa saat Tahun Baru Cina, dewa dapur datang kepada setiap rumah untuk mengevaluasi keluarga yang tinggal di dalamnya. Dewa dapur memberikan nilai lalu melaporkannya kepada Kaisar Giok di surga.

Rasa Nian Gao yang berbentuk ikan koi ini juga mencerminkan penilaian yang diberikan oleh dewa dapur. Semakin manis Nian Gao, semakin tinggi penilaian yang diberikan. Nian Gao yang lengket dipercaya akan membuat mulut dewa dapur melekat sehingga yang dapat dilaporkannya hanyalah sebuah senyuman.

Kuih bakul paling laris kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".


Siu Mie

Siu Mie merupakan penganan khas yang hadir untuk menyemarakkan perayaan tahun baru Cina atau Imlek. Bagi masyarakat keturunan Tionghoa, menyantap Siu Mie adalah wajib sebagai simbol umur panjang.
Siu Mie merupakan simbolisasi ''kelanggengan umur manusia''. Cara menyantapnya sangat unik iaitu dimakan secara utuh tanpa digigit. Di sinilah letak seninya, agar tidak putus biasanya Siu Mie dimakan dengan menggunakan sumpit.
Siu Mie biasanya menjadi sajian santap malam menjelang tahun baru Cina. Sebagai simbol kelanggengan, Siu Mie juga dikenal sebagai mie panjang umur kerana sesiapa yang menyantap mi akan mendapatkan umur panjang, kebahagiaan serta limpahan rezeki.
Nama: teoh siok ern
No Matrik: 207082

1 ulasan:

  1. Masalah besar ketika membaca tulisan warna hijau kurang jelas

    BalasPadam